CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday

bila timba mencari perigi


Ok , tak betul. Perigi yang mencari timba. tak betul ? ke kumbang terbang mencari bunga ? Ok,FINE ! mane mane lah yang korang suka =.=

eh, ayat aku kasar yea? tak kot, masih ada batasan kawalan. Perlu diingatkan, entri ini hanya lah pandangan peribadi aku sahaja. tak de kena mengena dengan yang hidup atau mati. PERINGATAN!! mungkin bukan semua manusia bersikap seperti,


mendabik dada , aku CANTIK lah !


kalo ade orang seperti ini, sila jauhkan diri anda dari saya. sebab utama , anda mempunyai pakej yang cukup lengkap tanpa cacat cela ciri-ciri yang aku tak suka ! ada paham ?

Firstly, as usual lah kan, bila dah tak de keje nak buat, hadap aje lah laman muka buku tu. sambilsambil main game. sedang asyik menunggu game sim yang aku main tu nk recharge energy, hendap sana hendap sini. jumpa blog orang tu orang ni. my deep-true-so-called opinion, perlu ke perempuan nak heboh sane sini dok cerita adegan romantik dengan pakwe/boyfie/scandal..... and what-so-ever lah.

cik kak, cik adik, sedar lah diri siket. kita ni perempuan jangan lah nak expose sangat cerita dalam selimut korang. setiap aktiviti setiap patah perkataan setiap perbuatan korang perlu ke nak mention dalam laman laman muka buku ke, friendster, myspace, google plus korang yang semua orang dok tengok tu. eh jap, ade lagi ke orang guna account myspace && friendster. teeeettt ! haha

Yeah , thats not my bisness at all.

But then, ingat lah, dunia sekarang ni, rosak susu setitik habis satu belanga. ok, lupe peribahasa ni. kalo salah tolong betol kan yea. back on track again, korang setuju tak? memang lah orang tak kan kutuk depan depan especially kalo member member. tapi sape yang direct to face to, ok, aku tabik! hahaha , memang lah ko berjaya aku nobatkan the-damn- ever-cool outspoken person. so kalo ade yang perangai cenggini, x heran la kalo ramai yang tak suka ngn perangai korang.


tapi ingatlah, kita perempuan kan, jangan terlalu over nak tunjuk yang kita ni terlalu 'sweet' ngn partner korang tuu. alaaa, ade jer , orang yang senyap-senyap, low profile ngan partner boleh tahan sampai bertahun tahun kan? yang dok sibuk heboh satu dunia tu , dah konfirm ke kak oiii?? tepuk dada tanya diri sendiri laaa. bukan lah aku nak mengutuk , tapi sendiri paham laa. for me, tak salah sekali sekala kita nk upadate pasai hubungan dengan partner untuk berkongsi kegembiraan dengan kawankawan kan but then, jangan laa terlalu kerap dok cerita semua benda kat public. pandai pandai tapis dan agakagak lah kan.

personally, aku suka juga tengok kawankawan aku dok update cintan cintun mereka. kadangkadang terasa lah sweet nye orang tu orang ni ngn pakwe ngn makwe. it doesnt matter , i repeat again, JANGAN OVER SANGAT. tiaptiap benda nak cerita pasai partner. alahai, macam-macam.



nota kaki ;
entah motip ape aku tulis entry ni.



Monday

Ombak Rindu

Hello Peeps !


Aura Ombak Rindu melanda bumi Malaysia sekarang ni. Ok! I had watched this movie last week with my-super-ever-lovely-bestie , Tiqah and Azi , came along with us also Jiha Tajima :)

Lakonan Aaron Aziz as Hariz dalam movie ni sangatsangat OHSEM ! Hariz yang bawa watak lelaki kasar, panas baran but at the same time he started to fallin love with his wife, Izzah that played by Maya Karin. Jalan cite same macam novel. Lelaki yang bengis dan kasar mula jatuh hati dengan sifat lemah lembut Izzah tanpa dirancang. Then, he turned to become a very double-caring and loving towards Izzah.

Alahai, tersentuh hati kecilku bila tengok air mata seorang suami tumpah kerana terlalu menyayangi dan merindui isterinya. Seriously, sangatsangat terharu tengok air mata ego lelaki berderai serta hatinya menjadi lembut dek kerana seorang wanita bernama isteri. Ohhhhh !

Honestly, cite ni so-so jek. Xde la hebat sangat macam yang di heboh-hebohkan. tapi boleh laa. Part Aaron Aziz menangis tuu menjadi daya tarikan dalam cite ni. ngeeeeee :)

And yeah, lagu Hafiz && Adira untuk soundtrack cite ni boleh bagi 4 star. Lagu tu lah yang buat suasana dalam cinema menjadi ala-ala emosi gituuuu. So, bagi sapesape yang belom tengok cite ni, korang boleh tengok di cinema or download jer. Tak menyesal pon tak tengok kat cinema && tak rugi pon kalo tengok kat cinema. Orang kata, support lah movie negara sendiri kan?

thats it, take care people. c ya!

#maaf yer bahasa campur aduk melayu & english. lepas siap tulis entry baru perasa. gagagaga :P