CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday

beza antara SAYA & AKU

hello people!

Selalunya orang selalu bercakap perbezaan antara kau dan aku kan? tapi rasa nya kat sini, masa ini, detik ini, jari jemari yang menari atas keyboard lebih berminat nak mempertikaikan beza saya dan aku. entah kenapa terlintas di fikiran mahu mempertikaikan benda seremeh ni. 

Aku? Saya? Apa yang beza nye??

Bila masa untuk kita guna aku dan saya ini bergantung kepada individu, keadaan dan masa yang sesuai. Ade orang lebih selesa menggantikan nama mereka dengan panggilan aku, begitu juga dengan saya. Eh, aduh tetiba rasa pening buat entry ni. okay, tak mengapa. pencarut belog ni juga kadang-kadang membahasakan diri beliau sebagai saya dan aku. jangan lah orang kat luar sana tu konpius pulak ye. orang yang guna panggilan aku & saya ni bukan nye mempunyai identiti diri yang berbeza, tapi persekitaran yang mempengaruhi panggilan tersebut.

sejujurnya, dari segi peribadi nye lah, aku ni digunakan dengan orang yang rapat dan tidak formal. macam dengan kawan-kawan ke, housemates ke, konklusi nye orang yang rapat dengan kita. kadang-kadang boleh dijadikan bukti sejauh mana hubungan kita dengan orang tersebut. tapi ini bukan tanda pengukur serapat mana hubungan kita dengan orang lain. bagaimana pula dengan saya? hmm, saya ni biasa nye kita guna secara formal. memang jarang lah kita dengar penggunaan aku bila berurusan formal kan? 

apa-apa pun, penggunaan aku or saya biar lah bersesuaian dengan tempat dan masa. dan yang paling penting jangan mengguris perasaan orang lain. biar orang selesa dengan kita. hmm dah banyak merepek ni, di lain hari kita sambung lagi. can cin cauuu XD

Tuesday

siapa lebih matang?


Assalamualaikum.

entry kali ni agak spesifik sikit lah kan. siapa yang cepat matang antara lelaki dan perempuan? sejujurnya mestilah aku akan cakap perempuan cepat matang jika nak dibandingkan dengan lelaki. pendapat korang macam mane pulak? kalau lelaki yang baca ni mesti diorang akan pertahankan kaum diorang and same goes to ladies.

ada fakta ke yang cakap perempuan cepat matang? ade ? ade tak?

hmmmm, mesti lah ade cik akak cik abang oii. sebab tu lah aku cakap perempuan lebug cepat matang. aku ada terbaca satu article dekat facebook yang ada kajian telah dijalankan , masa kita kecil , tumbesaran kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki sehingga mereka mencapai akhil baligh. 

tetapi.....

tumbesaran lelaki akan lebih cepat meningkat selepas mereka mencapai akhil baligh. so , dah jelas lah perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki sebab pembesaran mereka lebih cepat semasa kecil sehingga mereka remaja. sedangkan lelaki perlu menerjah ke alam remaja dahulu baru lah tumbesaran mereka meningkat dengan lebih cepat. seee! 

ape lagi? ape lagi?

dari segi pemikiran, perempuan lebih cepat memikirkan masa depan sedangkan kaum adam yang seusia mereka masih sibuk dunia hiburan nya sendiri. okay, maksud disini dunia hiburan sendiri bukan laa tiap-tiap malam jejak kaki di disko atau merempit atau seumpama dengan nya, maksud kat sini, dorang lebih fikirkan nak enjoy. dan jangan pelik ye jika seorang lelaki yang sudah berusia 30 tahun masih luangkan masa dengan anak main psp or tengok kartun.


tapi kan...


semua ni bergantung kepada persekitaran sekeliling individu. okay, sebagai contoh, ade jugak lelaki yang cepat matang berbanding dengan usia mereka. mungkin lelaki tu anak orang miskin yang perlu fikir seperti orang dewasa. pengalaman juga merupakan guru yang sangat berbudi sebab pengalaman lah yang mematangkan kita. mungkin anak dato dengan anak petani, tahap kematangan mereka jauh berbeza. dan tak lupa juga, Nabi Muhammad s.w.t sangat muda ketika baginda menikah dengan Khadijah. sedangkan usia baginda dengan isterinya jauh berbeza. So, korang nak cakap baginda tak matang? lelaki-lelaki macho sekalian, kalau nak nampak hebat kan, contohilah baginda. hebat luar dan dalam. InsyaAllah, xrugi malah mendapat keberkatan.


fizikal? hmmm. secara fizikal, memang perempuan yang cepat matang akan lebih cepat nampak tua kalau nak dibandingkan dengan lelaki. kenape? sebab kaum hawa ni awal-awal lagi dah banyak hormon digunakan semasa mereka kecil hingga mereka jadi warga emas. so, si gadis cantik cun melecun sekalian, jaga lah penampilan anda dan kebersihan luar dan dalam.


lastly, sape-sape yang nak cari pasangan hidup tu, carilah yang lebih matang daripada kita. tapi kalau dah jodoh nak buat macam mane kan? Allah dah tulis jalan hidup kita sebegitu. setiap orang jalan cerita hidup lain-lain tau, Allah adalah penulis skrip yang teragung. mesti ada hikmat dan keberkatan di penghujung cerita kita.


heyyyy heyyy, stop kat sini je. tataaaa :D

no title

assalamualaikum

dah berhabuk belog ni. lame sangat x post ape pun. fuhh! fuhh! tiup habuk buang sawang. kikiki :P

I feel HAPPY now but at the same time, I do feel SAD. susah bila perasaan kontra tersisa dekat hati pada masa yang sama. hmmmm.

ok, move on. next week dah puasa. hey hey, welcome to my life again Ramadhan. moga tahun ni dapat jalankan ibadah dalam bulan puasa dengan lebih baik. terdetik di hati, kat masjid / surau mane lah nak sembahyang terawih tahun ni. if dekat kampung senang je sebab masjid dekat.

then, semalam result dah keluar. Alhamdulillah, result saya memuaskan hati mami dan abah. Sedikit teruja bila abah cakap, "wahh, tahniah anak abah". walaupun senyuman yang diukir x nampak di mataku, tapi mata hati dan minda dah mula terbayang. errrr , mami abah, xde hadiah ke? hehhe zaman kecik2 dulu if result okay, mesti ada ganjaran. lalalala :P

me and him? yeah, when there's up and down, we are still together. pray for our happiness. 


sem 3? hidup agak sedikit tunggang langgang. kadang kala xde lecturer, jadual x berapa best and bla bla bla. target sem 3 nak achieve pointer 3.5 and above. semoga berjaya menjaga cgpa dalam kalangan orang yang dapat dekan. Ya Allah, tolong saya ye. Bantu hamba mu ini mengekalkan cgpa. semoga usaha sem 3 ni mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. aminnnn .....


eh baru perasan, entry ni campur cerita. ye lah kan, dah lame x berbelog, banyak benda la nak cakap. tapi x nak hurai panjang2 nanti orang menyampah nak baca. Eh, ade orang baca ke? hahaha (maaf, ter-over banyak :p )

nanti lah sambung lagi bercerita. banyak je post dalam draf, xtau bila nk post tambah nak edit sikit2. ahaaa, sebelum terlupaa, kepada sape2 yang nak melangkah ke alam baru tu, tahniah. kiteww jelessss canad. kahkahkah *annoying gilerrrrr

Wednesday

Rasa macam mengidam


Assalamualaikum . . . . . . . . . . . .

Hari ni saya rase macam mengidam nak kawen , sebab ramai yang nak kawen awal . Ohhh mama Ohh papa Ohh mami Ohhhh abahhh Ohh kamooo , saya nak kawen. happy tak ? topik kawen again? NO LAHHHHHH !


pastu pastu kalo tak ?



Saya mengidam nak drive kereta ferrari california tuuu then lalu kat jalan antara ladang jer . tahu tak laluan antara ladang tuuu ? alah , macam cite omputih tuuu , hehe. kan lagi best kalo ladang tu ladang bunga yang sume bunga2 die kaler kuning or purple or wheat farm pon boleh.


Boleh imagine tak ?


Then lagi best kalo dah kawen , then encik suami kite yang drive kete tu then kita pegang DSLR tangkap gambar2 sekeliling. pusing-pusing dengan kereta ferrari tu dekat ladang , OHH MYYY . . . . . . ala-ala sweet honeymoon gitu. cewahhhh *tergedik*


lagi lagi ?

thats it ! :D

Monday

si bebudak yang suka cover lagu

Ola peeps =,=

korang perasan tak sekarang dah banyak artis wanna-be dekat youtube yang makin hari makin ramai macam cendawan tumbuh lepas hujan kan? for me, foreigners yang buat cover lagu quite better than malaysia. jangan salah paham ok, not all but usually la , i mean. Malaysian pon ramai yang ade bakat but I prefer more to foreigners yang buat cover.

They are definately ohsemmm !

Bukan niat nak kondem orang Malaysia tapi overall aspect foreigners is better, trust me. Maybe dorang guna musical instruments yang canggih & moden kot . Kot jek laahh bendabenda cenggitu yang menyumbang kan lagi ke-lunak-kan cover yang dorang buat.

Salah satu lagu yang terlekat di hatiku ialah lagu THE ONE THAT GOT AWAY. Banyak lagi sebenarnya artis youtube yang buat lagu best, but kali ni saya nak highlight yang sorang ni jerrr. Honestly, lagu cover lagi best dari penyanyi asal yang nyanyi. Errrr , thats my opinion la =,= .
Here it is ;



best kan ?
hehe , selamat meng-google-kan artis youtube kegemaran korang :)