CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday

beza antara SAYA & AKU

hello people!

Selalunya orang selalu bercakap perbezaan antara kau dan aku kan? tapi rasa nya kat sini, masa ini, detik ini, jari jemari yang menari atas keyboard lebih berminat nak mempertikaikan beza saya dan aku. entah kenapa terlintas di fikiran mahu mempertikaikan benda seremeh ni. 

Aku? Saya? Apa yang beza nye??

Bila masa untuk kita guna aku dan saya ini bergantung kepada individu, keadaan dan masa yang sesuai. Ade orang lebih selesa menggantikan nama mereka dengan panggilan aku, begitu juga dengan saya. Eh, aduh tetiba rasa pening buat entry ni. okay, tak mengapa. pencarut belog ni juga kadang-kadang membahasakan diri beliau sebagai saya dan aku. jangan lah orang kat luar sana tu konpius pulak ye. orang yang guna panggilan aku & saya ni bukan nye mempunyai identiti diri yang berbeza, tapi persekitaran yang mempengaruhi panggilan tersebut.

sejujurnya, dari segi peribadi nye lah, aku ni digunakan dengan orang yang rapat dan tidak formal. macam dengan kawan-kawan ke, housemates ke, konklusi nye orang yang rapat dengan kita. kadang-kadang boleh dijadikan bukti sejauh mana hubungan kita dengan orang tersebut. tapi ini bukan tanda pengukur serapat mana hubungan kita dengan orang lain. bagaimana pula dengan saya? hmm, saya ni biasa nye kita guna secara formal. memang jarang lah kita dengar penggunaan aku bila berurusan formal kan? 

apa-apa pun, penggunaan aku or saya biar lah bersesuaian dengan tempat dan masa. dan yang paling penting jangan mengguris perasaan orang lain. biar orang selesa dengan kita. hmm dah banyak merepek ni, di lain hari kita sambung lagi. can cin cauuu XD

No comments: